Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أربعة أجبال من أجبال الجنة وأربعة أنهار من أنهار الجنة وأربعة ملاحم من ملاحم الجنة قيل: فما الجبال؟ قال: أحد يحبنا ونحبه جبل من جبال الجنة و ورقان جبل من جبال الجنة ، والطور جبل من جبال الجنة ولبنان من جبال الجنة. والأنهار الأربعة: النيل والفرات وسيحان وجيحان. والملاحم: بدر وأحد والخندق وحنين.
Teks Bahasa Melayu
Empat bukit daripada bukit-bukit syurga dan empat sungai daripada sungai-sungai syurga, serta empat perang daripada peperangan syurga. Baginda ditanya: Apakah bukit itu? Baginda bersabda: Bukit Uhud yang kasih kepada kita dan kita kasih kepadanya, satu bukit daripada bukit-bukit syurga, juga Wariqan satu bukit daripada bukit-bukit syurga, juga al-Tur satu bukit daripada bukit-bukit syurga, serta Lubnan daripada bukit-bukit syurga. Sungai-sungai itu pula ada empat: Nil, al-Furat, Sayhan dan Jayhan. Peperangan itu pula: Badar, Uhud, Khandak dan Hunain.
Sahabat Perawi
- Amr bin 'Auf RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1008, hadis no. 5193. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بهذا التمام) عن عمرو بن عوف رضي الله عنه قال: : قال رسول الله ﷺ: أربعة أجبال من أجبال الجنة وأربعة أنهار من أنهار الجنة وأربعة ملاحم من ملاحم الجنة قيل: فما الجبال؟ قال: أحد يحبنا ونحبه جبل من جبال الجنة و ورقان جبل من جبال الجنة ، والطور جبل من جبال الجنة ولبنان من جبال الجنة. والأنهار الأربعة: النيل والفرات وسيحان وجيحان. والملاحم: بدر وأحد والخندق وحنين. . [طب، ابن شبة، الضعيفة (5490)].
(Palsu dengan lafaz yang sempurna begini) Daripada 'Amr bin 'Auf RA, beliau berkata berkata: Rasulullah SAW bersabda: Empat bukit daripada bukit-bukit syurga dan empat sungai daripada sungai-sungai syurga, serta empat perang daripada peperangan syurga. Baginda ditanya: Apakah bukit itu? Baginda bersabda: Bukit Uhud yang kasih kepada kita dan kita kasih kepadanya, satu bukit daripada bukit-bukit syurga, juga Wariqan satu bukit daripada bukit-bukit syurga, juga al-Tur satu bukit daripada bukit-bukit syurga, serta Lubnan daripada bukit-bukit syurga. Sungai-sungai itu pula ada empat: Nil, al-Furat, Sayhan dan Jayhan. Peperangan itu pula: Badar, Uhud, Khandak dan Hunain. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn Shabbah. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5490].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman