TEKS BAHASA ARAB
أربعة أجبال من جبال الجنة، وأربعة أنهار من أنهار الجنة: فأما الأجبال: فـ(الطور) و(لبنان) و(طور سيناء) و(طور زيتا)….الحديث.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Empat bukit merupakan bukit-bukit syurga dan empat sungai merupakan sungai-sungai syurga. Bukit-bukit syurga adalah: Al-Tur, Lubnan, Tur Sina dan Tur Zita…hadith.
STATUS
Sangat Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 712, hadis nombor 3640. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: أربعة أجبال من جبال الجنة، وأربعة أنهار من أنهار الجنة: فأما الأجبال: فـ(الطور) و(لبنان) و(طور سيناء) و(طور زيتا)….الحديث.
[طس، ((الضعيفة)) (6900)].
(Sangat Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Empat bukit merupakan bukit-bukit syurga dan empat sungai merupakan sungai-sungai syurga. Bukit-bukit syurga adalah: Al-Tur, Lubnan, Tur Sina dan Tur Zita…hadith.
[Riwayat Al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6900].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.