Empat bahagian al-Qur'an yang telah diturunkan daripada perbendaharaan di bawah 'Arash

TEKS BAHASA ARAB

أربع أنزلت من كنز تحت العرش: أم الكتاب، وآية الكرسي، وخواتيم البقرة، والكوثر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat bahagian al-Qur’an yang telah diturunkan daripada perbendaharaan di bawah ‘Arash: Surah al-Fatihah (Umm al-Kitab), ayat Kursi, ayat-ayat akhir dalam surah al-Baqarah, dan surah al-Kawthar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1250, hadis nombor 6382. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي أمامة رضي الله عنه مرفوعا: أربع أنزلت من كنز تحت العرش: أم الكتاب، وآية الكرسي، وخواتيم البقرة، والكوثر.
[فر، طب، الضياء، ((الضعيفة)) (2735)]

(Lemah)
Daripada Abi Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Empat bahagian al-Qur’an yang telah diturunkan daripada perbendaharaan di bawah ‘Arash: Surah al-Fatihah (Umm al-Kitab), ayat Kursi, ayat-ayat akhir dalam surah al-Baqarah, dan surah al-Kawthar.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Diya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.2735]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.