Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أربعٌ أُنزلتْ من كنزٍ تحتَ العرشِ: أُمُّ الكتابِ، وآيةُ الكرسيِّ، وخواتيمُ البقرةِ، والكوثرُ.
Teks Bahasa Melayu
Empat bahagian al-Qur'an yang telah diturunkan daripada perbendaharaan di bawah 'Arash: Surah al-Fatihah (Umm al-Kitab), ayat Kursi, ayat-ayat akhir dalam surah al-Baqarah, dan surah al-Kawthar.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1250, hadis no. 6382. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أمامة رضي الله عنه مرفوعا: أربع أنزلت من كنز تحت العرش: أم الكتاب، وآية الكرسي، وخواتيم البقرة، والكوثر. [فر، طب، الضياء، ((الضعيفة)) (2735)]
(Lemah) Daripada Abi Umamah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Empat bahagian al-Qur'an yang telah diturunkan daripada perbendaharaan di bawah 'Arash: Surah al-Fatihah (Umm al-Kitab), ayat Kursi, ayat-ayat akhir dalam surah al-Baqarah, dan surah al-Kawthar. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Diya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.2735]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman