Empat (amalan) yang tidak diterima dalam empat (perkara)

TEKS BAHASA ARAB

أربع لا تقبل في أربع: نفقة من خيانة، ولا سرقة، ولا غلول، ولا مال يتيم، لا يقبل حج، ولا عمرة، ولا جهاد، ولا صدقة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat (amalan) yang tidak diterima dalam empat (perkara): Nafkah daripada (hasil) pengkhianatan, kecurian, pengambilan harta rampasan perang sebelum dibahagikan, atau harta anak yatim. Tidak diterima haji, umrah, jihad, mahupun sedekah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 986, hadis nombor 5081. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أربع ‌لا تقبل في أربع: نفقة من خيانة، ولا سرقة، ولا غلول، ولا مال يتيم، لا يقبل حج، ولا عمر، ولا جهاد، ولا صدقة)). [عد، فر، ((الضعيفة)) (2741)]

(Lemah) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Empat (amalan) yang tidak diterima dalam empat (perkara): Nafkah daripada (hasil) pengkhianatan, kecurian, pengambilan harta rampasan perang sebelum dibahagikan, atau harta anak yatim. Tidak diterima haji, umrah, jihad, mahupun sedekah)). [Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil fi al-Ḍhu’afa’ dan ad-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2741]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs