TEKS BAHASA ARAB
تداركوا الغموم والهموم بالصدقات يكشف الله ضركم وينصركم على أعدائكم، ويثبت عند الشدائد أقدامكم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Elakkanlah kesedihan dan kekecewaan dengan bersedekah, nescaya Allah akan mengangkat mudarat dari kamu dan memenangkan kamu ke atas musuh kamu, dan memberikan kamu keteguhan menghadapi kesusahan.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 877, hadis nombor 4492. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((تداركوا الغموم والهموم بالصدقات يكشف الله ضركم وينصركم على أعدائكم، ويثبت عند الشدائد أقدامكم)). [فر، ((الضعيفة)) (3395)].
(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Elakkanlah kesedihan dan kekecewaan dengan bersedekah, nescaya Allah akan mengangkat mudarat dari kamu dan memenangkan kamu ke atas musuh kamu, dan memberikan kamu keteguhan menghadapi kesusahan.”
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3395].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.