Anak perempuan Rasulullah SAW telah wafat, lalu Baginda berkata: Mandikanlah dia dengan air dan daun bidara sebanyak tiga atau lima atau lebih daripada itu…

TEKS BAHASA ARAB

عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ قَالَتْ: تُوُفِّيَتْ ابنةٌ لرسولِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: ((اغْسِلْنها بِالْماء وَالسّدرِ ثَلاثا، أَوْ خَمْسا، أَوْ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ – إِنْ رَأَيْتُنَّ ذلك -، وَاجْعَلْنَ فِي آخِرِهنَّ شَيْئا مِنْ كافُور، فإِذا فَرَغْتنَّ؛ فَائْذَنَّنِي.)) فَآذَنَّاهُ، فَأَلْقَى إِلَيْنَا حَقْوَهُ وَقَالَ: ((أشْعِرْنها إِيَّاهُ)). قَالَ أَيُّوب، وقالتْ حفصة: ((اغْسِلْنها، ثَلاثا، أَوْ خمْسا، أَوْ سَبْعا، وَاجْعَلْنَ لَهَا ثَلاثَةَ قُرُونٍ.))

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Ummu ‘Athiyyah RA beliau berkata: “Anak perempuan Rasulullah SAW telah meninggal dunia, lalu Baginda berkata: ((Mandikanlah dia dengan air dan daun bidara sebanyak tiga atau lima atau lebih daripada itu. –sekiranya kamu melihat perlu sedemikian- Jadikan pada yang terakhir itu sesuatu daripada kapur barus. Apabila kamu selesai, maka beritahulah aku.)) Lalu kami memberitahu kepada Baginda (setelah selesai) dan Baginda memberikan kainnya kepada kami dengan berkata: ((Balutlah tubuhnya dengan kain ini.)) Ayyub dan Hafsah telah berkata: ((Mandikanlah dia sebanyak tiga atau lima atau tujuh dan jadikan baginya tiga ikatan.))

STATUS

Syaz dengan tambahan lafaz arahan membuat tiga ikatan (qurun)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1762, hadis nombor 8873. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ بلفظ الأمر في (القرون)) عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ قَالَتْ: تُوُفِّيَتْ ابنةٌ لرسولِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: ((اغْسِلْنَهَا بِالْمَاءِ وَالسِّدْرِ ثَلاثاً، أَوْ خَمْساً، أَوْ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ – إِنْ رَأَيْتُنَّ ذلك -، وَاجْعَلْنَ فِي آخِرِهِنَّ شَيْئاً مِنْ كَافُورٍ، فَإِذَا فَرَغْتُنَّ؛ فَائْذَنَّنِي.)) فَآذَنَّاهُ، فَأَلْقَى إِلَيْنَا حَقْوَهُ وَقَالَ: ((أَشْعِرْنَهَا إِيَّاهُ)). قَالَ أَيُّوبُ، وَقَالَتْ حفصة: ((اغْسِلْنَهَا، ثَلاثاً، أَوْ خَمْساً، أَوْ سَبْعاً، وَاجْعَلْنَ لَهَا ثَلاثَةَ قُرُونٍ.)) [حب، طب، ((الضعيفة)) (6496)].

(Syaz dengan tambahan lafaz arahan membuat tiga ikatan (qurun))
Daripada Ummu ‘Athiyyah RA beliau berkata: “Anak perempuan Rasulullah SAW telah meninggal dunia, lalu Baginda berkata: ((Mandikanlah dia dengan air dan daun bidara sebanyak tiga atau lima atau lebih daripada itu. –sekiranya kamu melihat perlu sedemikian- Jadikan pada yang terakhir itu sesuatu daripada kapur barus. Apabila kamu selesai, maka beritahulah aku.)) Lalu kami memberitahu kepada Baginda (setelah selesai) dan Baginda memberikan kainnya kepada kami dengan berkata: ((Balutlah tubuhnya dengan kain ini.)) Ayyub dan Hafsah telah berkata: ((Mandikanlah dia sebanyak tiga atau lima atau tujuh dan jadikan baginya tiga ikatan.))
[Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya dan al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6496].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs