Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Eksploitasi harga terhadap pembeli yang tidak mahir adalah haram

Teks Bahasa Arab

غبنُ المستَرسِلِ حرامٌ.

Teks Bahasa Melayu

Eksploitasi harga terhadap pembeli yang tidak mahir adalah haram.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 593, hadis no. 3053.

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((غبن ‌المسترسل حرام)). [طب، ((الضعيفة)) (667)].

(Sangat lemah) Daripada Abu Umamah RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Eksploitasi harga terhadap pembeli yang tidak mahir adalah haram. [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 667].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.