Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الدنيا لا تنبغي لمُحَمَّدٍ ولا لِآلِ مُحَمَّدٍ.
Teks Bahasa Melayu
Dunia tidak padan untuk Muhammad dan keluarga Muhammad.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1838, hadis no. 9267. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: الدنيا لا تنبغي لمحمد ولا لآل محمد. [فر، (الضعيفة) (3617)].
(Palsu) Daripada 'Aishah RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Dunia tidak padan untuk Muhammad dan keluarga Muhammad." [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3617]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman