TEKS BAHASA ARAB
ما أخذت الدنيا من الآخرة إلا كما أخذ مخيط غمس في البحر من مائه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Dunia tidak akan mengatasi akhirat walau sedikit melainkan seperti jarum peniti dicelup ke dalam air laut.
STATUS
Munkar dengan lafaz al-Mukhit
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 643, hadis nombor 3332. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر: «المخيط »)عن المستور -رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «ما أخذت الدنيا من الآخرة إلا كما أخذ مخيط غمس في البحر من مائه». [طب«الضعيفة» (6956)].
(Munkar dengan lafaz al-Mukhit) Daripada al-Mastur RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Dunia tidak akan mengatasi akhirat walau sedikit melainkan seperti jarum peniti dicelup ke dalam air laut.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6956]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.