Dunia menjadi darah mentah

TEKS BAHASA ARAB

لو كانت الدنيا دما عبيطا كان قوت المؤمن منها حلالا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

“Kalaulah dunia menjadi darah mentah yang segar, pastilah makanan asasi orang mukmin daripada sebahagian darah itu adalah halal”.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 77, hadis nombor 331. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

هو من كلام الفضيل بن عياض، والإشارة به إلى أن المؤمن لا يأكل إلا عن ضرورة.

Ia bersumberkan ucapan al-Fudhail bin ‘Iyadh, ia mengisyaratkan bahawa orang mukmin tidak akan makan kecuali kerana darurat.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs