Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الدُّنيا سِجنُ المؤمنِ، والقبرُ حِصنُهُ، والجنَّةُ مَصيرُهُ، والدُّنيا جنَّةُ الكافرِ، والقبرُ سَجنُهُ، وإلى النَّارِ مصيرُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Dunia itu penjara orang beriman, kubur itu pagarnya, dan syurga itu destinasinya. Manakala dunia itu ialah syurga orang kafir, kubur ialah penjaranya, dan destinasinya ialah api neraka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2010, hadis no. 10082. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: الدنيا سجن المؤمن، والقبر حصنه، والجنة مصيره، والدنيا جنة الكافر، والقبر سجنه، وإلى النار مصيره. [البيهقي في ((الزهد))، ((الضعيفة)) (2537)]
(Lemah) Daripada Ibn Umar RHuma secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Dunia itu penjara orang beriman, kubur itu pagarnya, dan syurga itu destinasinya. Manakala dunia itu ialah syurga orang kafir, kubur ialah penjaranya, dan destinasinya ialah api neraka. [Riwayat al-Baihaqi dalam kitab al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2537]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman