Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الدنيا حُلْوَةٌ رَطْبَةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Dunia itu manisan yang menyegarkan.
Sahabat Perawi
- Saad bin Abu Waqqas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2016, hadis no. 10126. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سعد بن أبي وقاص رضي الله عنه مرفوعاً: الدنيا حلوة رطبة. [فر، ((الضعيفة)) (3612)]
(Lemah) Daripada Sa’ad bin Abī Waqqāṣ RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dunia itu manisan yang menyegarkan. [Riwayat al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3612]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman