Dunia itu hijau lagi manis. Barangsiapa yang memperoleh harta dari usaha halalnya

TEKS BAHASA ARAB

الدنيا خضرة حلوة، من اكتسب فيها مالاً من حله، وأنفقه في حقه؛ أثابه الله عليه، وأورده جنته، ومن اكتسب فيها مالاً من غير حله، وأنفقه في غير حقه؛ أحله الله دار الهوان، ورب متخوض في مال الله ورسوله؛ له النار يوم القيامة، يقول الله: {كلما خبت زدناهم سعيراً}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dunia itu hijau lagi manis. Barangsiapa yang memperoleh harta dari usaha halalnya, lalu ia membelanjakannya sesuai dengan hak-haknya, nescaya Allah akan memberinya pahala dari nafkahnya itu, dan Dia akan memasukkannya ke dalam syurga-Nya. Dan barangsiapa memperoleh harta dari usaha yang haram, lalu ia membelanjakannya bukan pada hak-haknya, nescaya Allah akan menjerumuskannya ke dalam tempat yang menghinakan (neraka). Dan berapa banyak orang yang menguruskan harta Allah dan Rasul-Nya mendapat siksa neraka di hari kiamat kelak: {Tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.} [al-Isra’: 97].

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1508, hadis nombor 7677. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((الدنيا خضرة حلوة، من اكتسب فيها مالاً من حله، وأنفقه في حقه؛ أثابه الله عليه، وأورده جنته، ومن اكتسب فيها مالاً من غير حله، وأنفقه في غير حقه؛ أحله الله دار الهوان، ورب متخوض في مال الله ورسوله؛ له النار يوم القيامة، يقول الله: (كلما خبت زدناهم سعيراً)). [هب، (الضعيفة)) (5333)].

(Lemah)
Daripada Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Dunia itu hijau lagi manis. Barangsiapa yang memperoleh harta dari usaha halalnya, lalu ia membelanjakannya sesuai dengan hak-haknya, nescaya Allah akan memberinya pahala dari nafkahnya itu, dan Dia akan memasukkannya ke dalam syurga-Nya. Dan barangsiapa memperoleh harta dari usaha yang haram, lalu ia membelanjakannya bukan pada hak-haknya, nescaya Allah akan menjerumuskannya ke dalam tempat yang menghinakan (neraka). Dan berapa banyak orang yang menguruskan harta Allah dan Rasul-Nya mendapat siksa neraka di hari kiamat kelak: {Tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.} [al-Isra’: 97].))
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5333].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs