Dunia itu hijau dan manis

TEKS BAHASA ARAB

الدنيا خضرة حلوة، من اكتسب فيها مالا من حله وأنفقه في حقه؛ أثابه الله عليه وأورده جنته، ومن اكتسب فيها مالا من غير حله وأنفقه في غير حقه؛ أحله الله دار الهوان. ورب متخوض في مال الله ورسوله له النار يوم القيامة، يقول الله: (كلما خبت زدناهم سعيرا).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dunia itu hijau dan manis. Siapa yang mendapat dalamnya harta daripada yang halal dan membelanjakannya pada haknya, Allah akan mengganjarinya dan memasukkan ke dalam syurga-Nya. Dan siapa yang mendapat padanya harta daripada bukan yang halal dan membelanjakannya pada bukan haknya, Allah akan menempatkannya dalam rumah kehinaan. Boleh jadi seorang itu menyelami harta Allah dan Rasul-Nya, baginya api neraka pada hari Kiamat. Allah berfirman: {Setiap kali api itu mula malap, Kami akan tambahkan nyalaannya kepada mereka}.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2009, hadis nombor 10081. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر – رضي الله عنهما – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الدنيا خضرة حلوة، من اكتسب فيها مالاً من حله، وأنفقه في حقه؛ أثابه الله عليه، وأورده جنته، ومن اكتسب فيها مالاً من غير حله، وأنفقه في غير حقه؛ أحله الله دار الهوان، ورب متخوض في مال الله ورسوله؛ له النار يوم القيامة، يقول الله: {كلما خبت زدناهم سعيراً}.
[هب، ((الضعيفة)) (2534، 5333)]

(Lemah)
Daripada ibn Umar RHuma berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dunia itu hijau dan manis. Siapa yang mendapat dalamnya harta daripada yang halal dan membelanjakannya pada haknya, Allah akan mengganjarinya dan memasukkan ke dalam syurga-Nya. Dan siapa yang mendapat padanya harta daripada bukan yang halal dan membelanjakannya pada bukan haknya, Allah akan menempatkannya dalam rumah kehinaan. Boleh jadi seorang itu menyelami harta Allah dan Rasul-Nya, baginya api neraka pada hari Kiamat. Allah berfirman: {Setiap kali api itu mula malap, Kami akan tambahkan nyalaannya kepada mereka}.
[Riwayat al-Baihaqy dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2534 dan 5333]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs