Dunia itu hijau dan manis. Sesiapa yang mendapat harta daripada yang halal dan menginfakkannya pada haknya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الدنيا خضرة حلوة، من اكتسب فيها مالا من حله، وأنفقه في حقه؛ أثابه الله عليه، وأورده جنته، ومن اكتسب فيها مالا من غير حله، وأنفقه في غير حقه؛ أحله الله دار الهوان، ورب متخوض في مال الله ورسوله؛ له النار يوم القيامة، يقول الله: {كلما خبت زدناهم سعيرا}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dunia itu hijau dan manis. Sesiapa yang mendapat harta daripada yang halal dan menginfakkannya pada haknya, Allah akan memberikannya pahala, dan memberikan syurga untuknya. Sesiapa yang mendapat harta daripada yang tidak halal, dan menginfakkan pada sesuatu yang bukan haknya, maka Allah akan memberikannya tempat yang hina, dan orang yang tidak amanah pada harta Allah dan Rasul-Nya, baginya neraka pada hari kiamat. Allah berfirman: {Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang} [Surah al-Isrā’ ayat 97].

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 801, hadis nombor 4133. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الدنيا خضرة حلوة، من اكتسب فيها مالا من حله، وأنفقه في حقه؛ أثابه الله عليه، وأورده جنته، ومن اكتسب فيها مالا من غير حله، وأنفقه في غير حقه؛ أحله الله دار الهوان، ورب متخوض في مال الله ورسوله؛ له النار يوم القيامة، يقول الله: {كلما خبت زدناهم سعيرا})). [هب، ((الضعيفة)) (5333)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dunia itu hijau dan manis. Sesiapa yang mendapat harta daripada yang halal dan menginfakkannya pada haknya, Allah akan memberikannya pahala, dan memberikan syurga untuknya. Sesiapa yang mendapat harta daripada yang tidak halal, dan menginfakkan pada sesuatu yang bukan haknya, maka Allah akan memberikannya tempat yang hina, dan orang yang tidak amanah pada harta Allah dan Rasul-Nya, baginya neraka pada hari kiamat. Allah berfirman: {Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang} [Surah al-Isrā’ ayat 97]. [Riwayat al-Baihaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5333]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.