Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الدنيا خَضِرَةٌ حُلْوَةٌ، مَن اكتَسَب فيها مالًا من حِلِّهِ، وأنفقه في حَقِّهِ؛ أثابه اللهُ عليه، وأَوْرَدَه جَنَّتَه، ومَن اكتَسَب فيها مالًا من غيرِ حِلِّهِ، وأنفقه في غيرِ حَقِّهِ؛ أَحَلَّهُ اللهُ دارَ الْهَوَانِ، ورُبَّ مُتَخَوِّضٍ في مالِ اللهِ ورسولِه؛ له النارُ يومَ القيامةِ، يقولُ اللهُ: {كُلَّمَا خَبَتْ زِدْنَاهُمْ سَعِيرًا}.
Teks Bahasa Melayu
Dunia itu hijau dan manis. Sesiapa yang mendapat harta daripada yang halal dan menginfakkannya pada haknya, Allah akan memberikannya pahala, dan memberikan syurga untuknya. Sesiapa yang mendapat harta daripada yang tidak halal, dan menginfakkan pada sesuatu yang bukan haknya, maka Allah akan memberikannya tempat yang hina, dan orang yang tidak amanah pada harta Allah dan Rasul-Nya, baginya neraka pada hari kiamat. Allah berfirman: {Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang} [Surah al-Isrā’ ayat 97].
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 801, hadis no. 4133. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الدنيا خضرة حلوة، من اكتسب فيها مالا من حله، وأنفقه في حقه؛ أثابه الله عليه، وأورده جنته، ومن اكتسب فيها مالا من غير حله، وأنفقه في غير حقه؛ أحله الله دار الهوان، ورب متخوض في مال الله ورسوله؛ له النار يوم القيامة، يقول الله: {كلما خبت زدناهم سعيرا})). [هب، ((الضعيفة)) (5333)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dunia itu hijau dan manis. Sesiapa yang mendapat harta daripada yang halal dan menginfakkannya pada haknya, Allah akan memberikannya pahala, dan memberikan syurga untuknya. Sesiapa yang mendapat harta daripada yang tidak halal, dan menginfakkan pada sesuatu yang bukan haknya, maka Allah akan memberikannya tempat yang hina, dan orang yang tidak amanah pada harta Allah dan Rasul-Nya, baginya neraka pada hari kiamat. Allah berfirman: {Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang} [Surah al-Isrā’ ayat 97]. [Riwayat al-Baihaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5333]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman