Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الدنيا خَضِرَةٌ حُلْوَةٌ، مَنِ اكْتَسَبَ فيها مالًا من حِلِّهِ وأَنْفَقَهُ في حَقِّه، أثابه اللهُ عليه وأَوْرَدَهُ جَنَّتَهُ، ومَنِ اكْتَسَبَ فيها مالًا من غيرِ حِلِّهِ وأَنْفَقَهُ في غيرِ حَقِّهِ، أَحَلَّهُ اللهُ دارَ الهَوَانِ. ورُبَّ مُتَخَوِّضٍ في مالِ اللهِ ورسولِه له النارُ يومَ القيامةِ، يقولُ اللهُ: (كُلَّمَا خَبَتْ زِدْنَاهُمْ سَعِيرًا).
Teks Bahasa Melayu
Dunia itu hijau dan manis. Siapa yang mendapat dalamnya harta daripada yang halal dan membelanjakannya pada haknya, Allah akan mengganjarinya dan memasukkan ke dalam syurga-Nya. Dan siapa yang mendapat padanya harta daripada bukan yang halal dan membelanjakannya pada bukan haknya, Allah akan menempatkannya dalam rumah kehinaan. Boleh jadi seorang itu menyelami harta Allah dan Rasul-Nya, baginya api neraka pada hari Kiamat. Allah berfirman: {Setiap kali api itu mula malap, Kami akan tambahkan nyalaannya kepada mereka}.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2009, hadis no. 10081. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الدنيا خضرة حلوة، من اكتسب فيها مالاً من حله، وأنفقه في حقه؛ أثابه الله عليه، وأورده جنته، ومن اكتسب فيها مالاً من غير حله، وأنفقه في غير حقه؛ أحله الله دار الهوان، ورب متخوض في مال الله ورسوله؛ له النار يوم القيامة، يقول الله: {كلما خبت زدناهم سعيراً}. [هب، ((الضعيفة)) (2534، 5333)]
(Lemah) Daripada Ibn Umar RHuma berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dunia itu hijau dan manis. Siapa yang mendapat dalamnya harta daripada yang halal dan membelanjakannya pada haknya, Allah akan mengganjarinya dan memasukkan ke dalam syurga-Nya. Dan siapa yang mendapat padanya harta daripada bukan yang halal dan membelanjakannya pada bukan haknya, Allah akan menempatkannya dalam rumah kehinaan. Boleh jadi seorang itu menyelami harta Allah dan Rasul-Nya, baginya api neraka pada hari Kiamat. Allah berfirman: {Setiap kali api itu mula malap, Kami akan tambahkan nyalaannya kepada mereka}. [Riwayat al-Baihaqy dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2534 dan 5333]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman