Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Dunia itu 7000 tahun

Teks Bahasa Arab

الدُّنْيا سَبْعَةُ آلافِ سَنَةٍ أَنا فِي آخِرِها ألفا

Teks Bahasa Melayu

Dunia itu 7000 tahun, aku sedang berada pada seribu yang terakhir.

Sahabat Perawi

  1. al-Dahhak bin Ziml RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 37, hadis no. 189. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Para huffaz berkata: "Palsu". Kalaulah penulis (al-Suyuti) berada pada zaman kita, pasti beliau akan malu menyebutkan hadith tersebut. Demikian juga al-Baihaqi yang menganggap bahawa beliau tidak mengeluarkan satu pun hadith yang diketahui ia palsu. Sebetulnya, kata-kata ini diambil daripada kalam Yahudi sebagaimana yang warid daripada Ibn 'Abbas yang telah dikeluarkan oleh al-Wahidi dalam Asbab al-Nuzul dan lain-lain.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.