Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Dunia ini hijau dan manis

Teks Bahasa Arab

الدنيا خَضِرَةٌ حُلْوَةٌ، مَن اكتَسَب فيها مالًا من حِلِّهِ، وأنفقه في حَقِّهِ؛ أثابه اللهُ عليه، وأَوْرَدَه جَنَّتَه، ومَن اكتَسَب فيها مالًا من غيرِ حِلِّهِ، وأنفقه في غيرِ حَقِّهِ؛ أَحَلَّهُ اللهُ دارَ الْهَوَانِ، ورُبَّ مُتَخَوِّضٍ في مالِ اللهِ ورسولِه؛ له النارُ يومَ القيامةِ، يقولُ اللهُ: ( كُلَّمَا خَبَتْ زِدْنَاهُمْ سَعِيرًا ).

Teks Bahasa Melayu

Dunia ini hijau dan manis, sesiapa yang mendapatkan harta darinya dengan cara yang halal, dan menginfakkannya pada jalan-Nya, Allah akan memberi pahala buatnya,dan menyediakan untuknya syurganya, dan sesiapa yang mendapatkan harta darinya dengan cara yang tidak halal, dan menginfakkannya pada jalan selain-Nya, Allah akan menghalalkan baginya neraka, boleh jadi orang yang terlibat dengan harta Allah dan rasul-Nya, baginya neraka pada hari kiamat. Allah berfirman: Tiap-tiap kali malap julangan apinya, kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.”

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 627, hadis no. 3261. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الدنيا خضرة حلوة، من اكتسب فيها مالا من حله وأنفقه في حقه؛ أثابه الله عليه وأورده جنته، ومن اكتسب فيها مالا من غير حله وأنفقه في غير حقه؛ أحله الله ‌دار ‌الهوان. ورب متخوض في مال الله ورسوله له النار يوم القيامة، يقول الله: (كلما خبت زدناهم سعيرا))). [هب، ((الضعيفة)) (5333)].

(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Dunia ini hijau dan manis, sesiapa yang mendapatkan harta darinya dengan cara yang halal, dan menginfakkannya pada jalan-Nya, Allah akan memberi pahala buatnya,dan menyediakan untuknya syurganya, dan sesiapa yang mendapatkan harta darinya dengan cara yang tidak halal, dan menginfakkannya pada jalan selain-Nya, Allah akan menghalalkan baginya neraka, boleh jadi orang yang terlibat dengan harta Allah dan rasul-Nya, baginya neraka pada hari kiamat. Allah berfirman: Tiap-tiap kali malap julangan apinya, kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.” [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5333].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.