Dunia ialah rumah bagi orang yang tiada rumah baginya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الدنيا دار من لا دار له، ومال من لا مال له، ولها يجمع من لا عقل له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dunia ialah rumah bagi orang yang tiada rumah baginya, harta bagi siapa yang tiada harta baginya, dan kerananya orang yang tiada akal baginya berhimpun.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1984, hadis nombor 9932. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((الدنيا دار من لا دار له، ومال من لا مال له، ولها يجمع من لا عقل له)).
[حم، ((الضعيفة)) (1933)]

(Lemah) Daripada ‘Āishah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dunia ialah rumah bagi orang yang tiada rumah baginya, harta bagi siapa yang tiada harta baginya, dan kerananya orang yang tiada akal baginya berhimpun.
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1933]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.