Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الدنيا دارُ من لا دارَ لهُ، ومالُ من لا مالَ لهُ، ولها يَجمعُ من لا عقلَ لهُ.
Teks Bahasa Melayu
Dunia ialah rumah bagi orang yang tiada rumah baginya, harta bagi siapa yang tiada harta baginya, dan kerananya orang yang tiada akal baginya berhimpun.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1984, hadis no. 9932. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((الدنيا دار من لا دار له، ومال من لا مال له، ولها يجمع من لا عقل له)). [حم، ((الضعيفة)) (1933)]
(Lemah) Daripada ‘Āishah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dunia ialah rumah bagi orang yang tiada rumah baginya, harta bagi siapa yang tiada harta baginya, dan kerananya orang yang tiada akal baginya berhimpun. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1933]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman