Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الدنيا حرامٌ على أهلِ الآخرةِ، والآخرةُ حرامٌ على أهلِ الدنيا، والدنيا والآخرةُ حرامٌ على أهلِ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Dunia diharamkan kepada ahli akhirat dan akhirat pula diharamkan kepada ahli dunia. Manakala dunia dan akhirat diharamkan kepada ahli Allah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1972, hadis no. 9852. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس–رضي الله عنهما- مرفوعا: «الدنيا حرام على أهل الآخرة، والآخرة حرام على أهل الدنيا، والدنيا والآخرة حرام على أهل الله». [فر،«الضعيفة» (32)].
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Dunia diharamkan kepada ahli akhirat dan akhirat pula diharamkan kepada ahli dunia. Manakala dunia dan akhirat diharamkan kepada ahli Allah. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 32].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman