Dunia adalah rumah bagi sesiapa yang tiada rumah baginya

TEKS BAHASA ARAB

الدنيا دار ‌من ‌لا ‌دار له، ومال من لا مال له، ولها يجمع من لا عقل له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dunia adalah rumah bagi sesiapa yang tiada rumah baginya, ia juga harta pada sesiapa yang tidak ada harta baginya, padanya dikumpulkan orang-orang yang tiada akal.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 644, hadis nombor 3336. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة -رضي الله عنها -، قالت: قال ﷺ: «الدنيا دار من لا دار له، ومال من لا مال له، ولها يجمع من لا عقل له». [ابن أبي الدنيا في الجوع، ، هب الضعيفة» (6694)].

(Munkar) Daripada Aisyah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Dunia adalah rumah bagi sesiapa yang tiada rumah baginya, ia juga harta pada sesiapa yang tidak ada harta baginya, padanya dikumpulkan orang-orang yang tiada akal.” [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Ju’, Syu'ab al-Iman oleh al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6694]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs