Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الدنيا دارُ من لا دارَ لهُ، ومالُ من لا مالَ لهُ، ولها يَجمعُ من لا عقلَ لهُ.
Teks Bahasa Melayu
Dunia adalah rumah bagi sesiapa yang tiada rumah baginya, ia juga harta pada sesiapa yang tidak ada harta baginya, padanya dikumpulkan orang-orang yang tiada akal.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 644, hadis no. 3336. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة -رضي الله عنها -، قالت: قال ﷺ: «الدنيا دار من لا دار له، ومال من لا مال له، ولها يجمع من لا عقل له». [ابن أبي الدنيا في الجوع، ، هب الضعيفة» (6694)].
(Munkar) Daripada Aisyah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Dunia adalah rumah bagi sesiapa yang tiada rumah baginya, ia juga harta pada sesiapa yang tidak ada harta baginya, padanya dikumpulkan orang-orang yang tiada akal.” [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Ju’, Syu'ab al-Iman oleh al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6694]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman