Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Dunia adalah madu kepada akhirat

Teks Bahasa Arab

الدُّنْيَا ضَرَّةُ الآخِرَةِ.

Teks Bahasa Melayu

Dunia adalah madu kepada akhirat.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 39, hadis no. 147. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس في المرفوع بهذا اللفظ ولكن فيه "من أحب دنياه أضر بآخرته ومن أحب آخرته أضر بدنياه فآثروا ما يبقى على ما يفنى". وقد يشير إليه قوله تعالى {ومن كان يريد حرث} الآية [الشورى: 20] ومن كلام عيسى - عليه السلام - الدنيا والآخرة ضرتان فإذا أرضيت إحداهما أسخطت الأخرى.

Tidak ada dalam hadith marfu' dengan lafaz seperti ini, namun terdapat dalam hadith: "Sesiapa yang lebih mencintai dunianya, dia membahayakan akhiratnya dan sesiapa yang lebih mencintai akhiratnya, dia membahayakan dunianya. Oleh itu, utamakanlah sesuatu yang akan kekal berbanding sesuatu yang akan binasa". Firman Allah Ta'ala turut mengisyaratkan perkara tersebut: مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ ۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ "Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakiNya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya daripada kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak". [Surah al-Shura ayat 20] Juga melalui ucapan 'Isa AS: "Dunia dan akhirat adalah dua isteri yang bermadu, apabila kamu menyukai salah seorang mereka, yang lain akan marah".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.