TEKS BAHASA ARAB
الدنيا مزرعة الآخرة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Dunia adalah kebun akhirat.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 39, hadis nombor 148. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
قال السخاوي لم أقف عليه مع إيراد الغزالي له في الإحياء وفي الفردوس بلا سند: الدنيا قنطرة الآخرة.
وفي معناه حديث أنس: ليس بخيركم من ترك دنياه لآخرته [ولا من ترك آخرته لدنياه] حتى يصيب منهما جميعا فإن الدنيا بلاغ إلى الآخرة ولا تكونوا كلا على الناس. وأوضح منه في معنى الترجمة حديث جرير: “من تزود في الدنيا ينفعه في الآخرة”.
Al-Sakhawi berkata: “Aku belum menemui hadith tersebut sekalipun al-Ghazali memasukkannya dalam al-Ihya'”. Dalam Musnad al-Firdaus terdapat hadith yang dibawakan tanpa sanad: “Dunia adalah terusan bagi akhirat”, juga semakna dengannya adalah hadith Anas: “Sebaik-baik kamu bukanlah orang yang meninggalkan dunianya kerana akhiratnya, hinggalah dia mendapatkan kedua-duanya (baru dikira sebagai sebaik-baik kamu). Ini kerana, dunia adalah penghubung kepada akhirat dan janganlah kamu bergantung harap kepada manusia”.
Lebih jelas lagi maksud sebagaimana terjemahan hadith Jarir: “Sesiapa yang mempersiapkan bekal di dunia, ia bakal memberikan manfaat di akhirat”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.