Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الدُّنْيَا مَزْرَعَةُ الآخِرَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Dunia adalah kebun akhirat.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 39, hadis no. 148. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Al-Sakhawi berkata: "Aku belum menemui hadith tersebut sekalipun al-Ghazali memasukkannya dalam al-Ihya'". Dalam Musnad al-Firdaus terdapat hadith yang dibawakan tanpa sanad: "Dunia adalah terusan bagi akhirat", juga semakna dengannya adalah hadith Anas: "Sebaik-baik kamu bukanlah orang yang meninggalkan dunianya kerana akhiratnya, hinggalah dia mendapatkan kedua-duanya (baru dikira sebagai sebaik-baik kamu). Ini kerana, dunia adalah penghubung kepada akhirat dan janganlah kamu bergantung harap kepada manusia". Lebih jelas lagi maksud sebagaimana terjemahan hadith Jarir: "Sesiapa yang mempersiapkan bekal di dunia, ia bakal memberikan manfaat di akhirat".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman