Dunia adalah bangkai, yang terlalu mencari bangkai hanyalah anjing-anjing

TEKS BAHASA ARAB

الدنيا جيفة وطالبها كلاب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dunia adalah bangkai, yang terlalu mencari bangkai hanyalah anjing-anjing.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 39, hadis nombor 146. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

ليس بهذا اللفظ في المرفوع. نعم جاء عن علي: الدنيا جيفة فمن أرادها فليصبر على مخالطة الكلاب. وفي الحديث: دعوا الدنيا لأهلها دعوا الدنيا لأهلها. وفي الحديث: من أخذ من الدنيا فوق ما يكفيه أخذ جيفة وهو لا يشعر.

Tidak ada hadith marfu' dengan lafaz ini. Ya, ada diriwayatkan daripada 'Ali: “Dunia adalah bangkai, maka sesiapa yang menginginkannya, hendaklah dia bersabar bergelumang dengan anjing-anjing”. Juga terdapat dalam hadith: “Tinggalkanlah dunia kepada ahlinya, tinggalkanlah dunia kepada ahlinya”. Terdapat juga dalam hadith: “Sesiapa yang mengambil dunia melebihi keperluannya, maka seperti dia mengambil bangkai tanpa dia sedari”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs