Dulu ada seekor anak kambing jagaan Bani Israel

TEKS BAHASA ARAB

كان جدي في بني إسرائيل ترضعه أمه فترويه، فانفلت يوما، فرضع غنما كثيرة، فلم يرو، فأوحي إلى رجل منهم: إن مثل هذا الجدي مثل قوم يأتون من بعدكم، يعطى الرجل ما يكفي الأمة أو القبيلة فلا يشبع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dulu ada seekor anak kambing jagaan Bani Israel yang minum susu daripada ibunya sehingga kenyang. Suatu hari anak kambing itu melarikan diri dan menyusu daripada banyak kambing-kambing lain, tetapi ia tetap tidak berasa kenyang. Maka seorang lelaki daripada Bani Israel mendapat ilham daripada kejadian ini (lalu berkata): Anak kambing ini seumpama suatu kaum yang akan datang selepas kalian. Seseorang dalam kalangan mereka diberi rezeki yang mencukupi bahkan untuk seluruh kaum atau kabilahnya, tetapi dia tetap tidak berasa puas.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2048, hadis nombor 10302. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: كان جدي في بني إسرائيل ترضعه أمه فترويه، فانفلت يوما، فرضع غنما كثيرة، فلم يرو، فأوحي إلى رجل منهم: إن مثل هذا الجدي مثل قوم يأتون من بعدكم، يعطى الرجل ما يكفي الأمة أو القبيلة فلا يشبع.
[البزار، طس، ((الضعيفة)) (5995)]

(Lemah)
Daripada Abdullah bin ‘Amru RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dulu ada seekor anak kambing jagaan Bani Israel yang minum susu daripada ibunya sehingga kenyang. Suatu hari anak kambing itu melarikan diri dan menyusu daripada banyak kambing-kambing lain, tetapi ia tetap tidak berasa kenyang. Maka seorang lelaki daripada Bani Israel mendapat ilham daripada kejadian ini (lalu berkata): Anak kambing ini seumpama suatu kaum yang akan datang selepas kalian. Seseorang dalam kalangan mereka diberi rezeki yang mencukupi bahkan untuk seluruh kaum atau kabilahnya, tetapi dia tetap tidak berasa puas.
[Riwayat al-Bazzar dan al-Tabarani dalam Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5995]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs