Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
جُلوسُ المؤذِّنِ بينَ الأذانِ والإقامةِ في المغربِ سنَّةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Duduknya tukang azan antara azan dan iqamat pada waktu maghrib ialah sunnah.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 358, hadis no. 1907. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: «جلوس المؤذن بين الأذان والإقامة في المغرب سنة». [تمام، «الضعيفة» (1196)].
(Daif) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Duduknya tukang azan antara azan dan iqamat pada waktu maghrib ialah sunnah". [Diriwayatkan oleh Tammam dalam al-Fawa’id. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1196].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman