Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عندَ أُمِّكَ قِرَّ؛ فإنَّ لَكَ منَ الأجرِ عندَها مثلَ ما لَكَ في الجِهادِ.
Teks Bahasa Melayu
Duduklah di sisi ibumu, sesungguhnya engkau akan mendapat pahala di sisinya seperti engkau dapatkan jika berjihad.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 814, hadis no. 4196. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس–رضي الله عنهما- قال: جاء رجل وأمه إلى النبي -صلى الله عليه وسلم- وهو يريد الجهاد، وأمه تمنعه، فقال:((عند أمك قر؛ فإن لك من الأجر عندها مثل ما لك في الجهاد)). [عب، طب، ((الضعيفة)) (6243)].
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Seorang lelaki datang bersama ibunya kepada Nabi SAW dalam keadaan dia mahu berjihad dan ibunya melarangnya dan berkata: Duduklah di sisi ibumu, sesungguhnya engkau akan mendapat pahala di sisinya seperti engkau dapatkan jika berjihad. [Riwayat Abi Ya’la dalam Musnad , Al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6243]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman