Duduklah di sisi ibu kamu

TEKS BAHASA ARAB

عند أمّك قرّ فإن لك من الأجر مثل ما لك في الجهاد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Duduklah di sisi ibu kamu. Sesungguhnya kamu akan memperoleh pahala seperti mana kamu berjihad.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1021-1022, hadis nombor 5251. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: جاء رجل وأمه إلى النبي ﷺ وهو يريد الجهاد وأمه تمنعه فقال: عند أمّك قرّ فإن لك من الأجر مثل ما لك في الجهاد. [عب, طب, الضعيفة (6243)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Seorang lelaki datang bersama ibunya berjumpa dengan Rasulullah SAW dan dia mahu berjihad sedangkan ibunya menegahnya daripada berjihad. Baginda SAW bersabda: Duduklah di sisi ibu kamu. Sesungguhnya kamu akan memperoleh pahala seperti mana kamu berjihad. [Riwayat Abdul Razzaq dalam Musannaf beliau, al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 6243]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs