Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عندَ أُمِّكَ قِرَّ فإنَّ لَكَ منَ الأجرِ عندَها مثلَ ما لَكَ في الجِهادِ.
Teks Bahasa Melayu
Duduklah di sisi ibu kamu. Sesungguhnya kamu akan memperoleh pahala seperti mana kamu berjihad.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1021-1022, hadis no. 5251. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: جاء رجل وأمه إلى النبي ﷺ وهو يريد الجهاد وأمه تمنعه فقال: عند أمّك قرّ فإن لك من الأجر مثل ما لك في الجهاد. [عب, طب, الضعيفة (6243)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Seorang lelaki datang bersama ibunya berjumpa dengan Rasulullah SAW dan dia mahu berjihad sedangkan ibunya menegahnya daripada berjihad. Baginda SAW bersabda: Duduklah di sisi ibu kamu. Sesungguhnya kamu akan memperoleh pahala seperti mana kamu berjihad. [Riwayat Abdul Razzaq dalam Musannaf beliau, al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 6243]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman