Duduklah bersama golongan pembesar, bertanyalah dengan para ulama serta bergaullah dengan golongan hukama’ (cerdik pandai)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

جالس الكبراء، وسائل العلماء، وخالط الحكماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Duduklah bersama golongan pembesar, bertanyalah dengan para ulama serta bergaullah dengan golongan hukama’ (cerdik pandai).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 205, hadis nombor 1076. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي جحيفة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((جالس الكبراء، وسائل العلماء، وخالط الحكماء)).[طب، الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، ((الضعيفة)) (3462)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Juhaifah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Duduklah bersama golongan pembesar, bertanyalah dengan para ulama serta bergaullah dengan golongan hukama’ (cerdik pandai).
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma'ani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3462]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.