Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
جالِسِ الكُبَرَاءَ، وسائِلِ العُلماءَ، وخالطِ الحُكَماءَ.
Teks Bahasa Melayu
Duduklah bersama golongan pembesar, bertanyalah dengan para ulama serta bergaullah dengan golongan hukama’ (cerdik pandai).
Sahabat Perawi
- Abu Juhaifah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 205, hadis no. 1076. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي جحيفة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((جالس الكبراء، وسائل العلماء، وخالط الحكماء)).[طب، الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، ((الضعيفة)) (3462)]
(Terlalu Daif) Daripada Abu Juhaifah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Duduklah bersama golongan pembesar, bertanyalah dengan para ulama serta bergaullah dengan golongan hukama’ (cerdik pandai). [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma'ani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3462]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman