Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Duduk bersama golongan fakir adalah sebahagian daripada tawaduk dan ia merupakan jihad yang paling afdal

Teks Bahasa Arab

الجلوسُ مع الفقراءِ منَ التواضعِ، وهو منْ أفضلِ الجهادِ.

Teks Bahasa Melayu

Duduk bersama golongan fakir adalah sebahagian daripada sifat tawaduk dan ia merupakan jihad yang paling afdal.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 56, hadis no. 241. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الجلوس مع الفقراء من التواضع، وهو من أفضل الجهاد)). [فر، ((الضعيفة)) (3473)].

(Palsu) Daripada Anas RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Duduk bersama golongan fakir adalah sebahagian daripada sifat tawaduk dan ia merupakan jihad yang paling afdal.)) [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3473].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.