Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Dua ungkapan yang disebut oleh Firaun

Teks Bahasa Arab

كلمتانِ قالهما فرعونُ: {مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي} إلى قوله : {أّنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى}؛ كان بينهما أربعونَ عامًا، {فَأَخَذَهُ اللهُ نَكَالَ الآَخِرَةِ وَالْأُولَى}.

Teks Bahasa Melayu

Dua ungkapan yang disebut oleh Firaun: {Aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku} (surah al-Qaṣaṣ: 38) sehingga ungkapannya {Akulah tuhan kamu, yang tertinggi} (surah al-Nazi‘at: 24). Telah berlaku antara kedua-duanya selama 40 tahun. {Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya} (surah al-Nazi‘at: 25).

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1849, hadis no. 9335. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((كلمتان قالهما فرعون: {ما علمت لكم من إله غيري} إلى قوله: {أنا ربكم الأعلى}؛ كان بينهما أربعون عاما، {فأخذه الله نكال الآخرة والأولى})). [تمام، ابن عساکر، ((الضعيفة)) (٤١١٧)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua ungkapan yang disebut oleh Firaun: {Aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku} (surah al-Qaṣaṣ: 38) sehingga ungkapannya {Akulah tuhan kamu, yang tertinggi} (surah al-Nazi‘at: 24). Telah berlaku antara kedua-duanya selama 40 tahun. {Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya} (surah al-Nazi‘at: 25). [Riwayat Tamām dalam al-Fawā`id, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4117]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.