Dua umrah akan mengampunkan dosa antara keduanya, haji yang mabrur tiada pahala

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

العمرتان تکفران ما بينهما، والحج المبرور ليس له ثواب -أو قال: جزاء – إلا الجنة، وما سبح الحاج من تسبيحة، ولا هلل من تهليلة، ولا كبر من تكبيرة؛ إلا بشر بها تبشيرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua umrah akan mengampunkan dosa antara keduanya, haji yang mabrur tiada pahala – atau dia berkata: ganjaran baginya kecuali syurga. Tidak ada seseorang yang melakukan haji bertasbih, bertahlil dan bertakbir kecuali akan diberi khabar gembira (syurga).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 751, hadis nombor 3841. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بالشطر الثاني) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: «العمرتان تکفران ما بينهما، والحج المبرور ليس له ثواب -أو قال: جزاء – إلا الجنة، وما سبح الحاج من تسبيحة، ولا هلل من تهليلة، ولا كبر من تكبيرة؛ إلا بشر بها تبشيرة».
[الأصبهاني، «الضعيفة» (5090)].

(Munkar dengan perenggan kedua)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua umrah akan mengampunkan dosa antara keduanya, haji yang mabrur tiada pahala – atau dia berkata: ganjaran baginya kecuali syurga. Tidak ada seseorang yang melakukan haji bertasbih, bertahlil dan bertakbir kecuali akan diberi khabar gembira (syurga).
[Riwayat al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, 5090].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.