TEKS BAHASA ARAB
كلمتان قالهما فرعون: {ما علمت لكم من إله غيري} إلى قوله: {أنا ربكم الأعلى}؛ كان بينهما أربعون عاما، {فأخذه الله نكال الآخرة والأولى}.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Dua ucapan yang diucapkan oleh Fir’aun: {Aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku} sehingga ucapannya: {Akulah tuhan kamu, yang tertinggi}. (Tempoh) di antara kedua-dua ucapan ini 40 tahun, {Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini (dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya)}.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 481, hadis nombor 2586. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس –رضي الله عنهما- مرفوعا: ((كلمتان قالهما فرعون: ﴿ما علمت لكم من إله غيري﴾ إلى قوله: ﴿أنا ربكم الأعلى﴾؛ كان بينهما أربعون عاما، ﴿فأخذه الله نكال الآخرة والأولى﴾)). [تمام، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4117)]
(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua ucapan yang diucapkan oleh Fir’aun: {Aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku} sehingga ucapannya: {Akulah tuhan kamu, yang tertinggi}. (Tempoh) di antara kedua-dua ucapan ini 40 tahun, {Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, (dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya)}.
[Riwayat Tamam, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4117]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.