Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Dua ucapan yang diucapkan oleh Fir’aun

Teks Bahasa Arab

كلمتانِ قالهما فرعونُ : {مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي} إلى قوله: {أّنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى}؛ كان بينهما أربعونَ عامًا، {فَأَخَذَهُ اللهُ نَكَالَ الآَخِرَةِ وَالْأُولَى}.

Teks Bahasa Melayu

Dua ucapan yang diucapkan oleh Fir’aun: {Aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku} sehingga ucapannya: {Akulah tuhan kamu, yang tertinggi}. (Tempoh) di antara kedua-dua ucapan ini 40 tahun, {Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya}.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 481, hadis no. 2586.

(ضعيف) عن ابن عباس –رضي الله عنهما- مرفوعا: ((كلمتان قالهما فرعون: ﴿ما علمت لكم من إله غيري﴾ إلى قوله: ﴿أنا ربكم الأعلى﴾؛ كان بينهما أربعون عاما، ﴿فأخذه الله نكال الآخرة والأولى﴾)). [تمام، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4117)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua ucapan yang diucapkan oleh Fir’aun: {Aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku} sehingga ucapannya: {Akulah tuhan kamu, yang tertinggi}. (Tempoh) di antara kedua-dua ucapan ini 40 tahun, {Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya}. [Riwayat Tamam, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4117]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.