Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Dua sujud sahwi adalah selepas salam

Teks Bahasa Arab

سَجْدَتَا السَّهْوِ بَعْدَ التَّسْلِيْمِ وَفِيْهِمَا تَشَهُّدٌ وَسَلَامٌ.

Teks Bahasa Melayu

Dua sujud sahwi adalah selepas salam, dalam kedua sujud tersebut adanya tashahhud dan salam

Sahabat Perawi

  1. Ibn Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 44, hadis no. 226. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ini ialah perbuatan yang bodoh, hadith tersebut termasuk pendustaan golongan Hanafiyyah.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.