TEKS BAHASA ARAB
غيرتان؛ إحداهما يحبها الله عز وجل، والأخرى يبغضها الله، ومخيلتان؛ إحداهما يحبها الله عز وجل، والأخرى يبغضها الله: الغيرة في الريبة يحبها الله، والغيرة في غير ريبة يبغضها الله، والمخيلة إذا تصدق الرجل يحبها الله، والمخيلة في الكبر يبغضها الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Terdapat dua jenis cemburu, satunya disukai oleh Allah, satunya dibenci Allah. Dan terdapat dua jenis kebanggaan; satunya disukai Allah, dan yang lainnya dibenci Allah. Cemburu yang didasari perkara meragukan itu disukai oleh Allah. Selainnya, cemburu yang tidak didasari perkara yang meragukan (sekadar sangkaan), ianya dibenci oleh Allah. Kebanggaan seorang lelaki apabila dia bersedekah disukai Allah. Adapun kebanggaan dalam kesombongan itu dibenci Allah.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 72, hadis nombor 343. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عقبة بن عامر الجهني مرفوعاً: ((غيرتان؛ إحداهما يحبها الله عز وجل، والأخرى يبغضها الله، ومخيلتان؛ إحداهما يحبها الله عز وجل، والأخرى يبغضها الله: الغيرة في الريبة يحبها الله، والغيرة في غير ريبة يبغضها الله، والمخيلة إذا تصدق الرجل يحبها الله، والمخيلة في الكبر يبغضها الله)).
[ك، ابن خزيمة، حم، ((الضعيفة)) (3962)]
(Lemah)
Daripada ‘Uqbah ibn ‘Āmir al-Juhanī RA secara marfū‘: "Terdapat dua jenis cemburu, satunya disukai oleh Allah, satunya dibenci Allah. Dan terdapat dua jenis kebanggaan; satunya disukai Allah, dan yang lainnya dibenci Allah. Cemburu yang didasari perkara meragukan itu disukai oleh Allah. Selainnya, cemburu yang tidak didasari perkara yang meragukan (sekadar sangkaan), ianya dibenci oleh Allah. Kebanggaan seorang lelaki apabila dia bersedekah disukai Allah. Adapun kebanggaan dalam kesombongan itu dibenci Allah."
[Riwayat al-Ḥākim, Ibn Khuzaymah, Aḥmad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3962).
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.