Daif

30/06/2024

minit bacaan



Dua sifat cemburu yang salah satunya disukai Allah SWT

Teks Bahasa Arab

غَيْرَتانِ؛ إحداهما يُحِبُّها اللهُ عز وجل، والأُخْرَى يُبْغِضُها اللهُ، ومَخِيلَتانِ؛ إحداهما يُحِبُّها اللهُ عز وجل، والأُخْرَى يُبْغِضُها اللهُ: الغَيْرَةُ في الرِّيبةِ يُحِبُّها اللهُ، والغَيْرَةُ في غيرِ رِيبةٍ يُبْغِضُها اللهُ، والمَخِيلَةُ إذا تصدق الرجلُ يُحِبُّها اللهُ، والمَخِيلَةُ في الكِبْرِ يُبْغِضُها اللهُ.

Teks Bahasa Melayu

Terdapat dua jenis cemburu, satunya disukai oleh Allah, satunya dibenci Allah. Dan terdapat dua jenis kebanggaan; satunya disukai Allah, dan yang lainnya dibenci Allah. Cemburu yang didasari perkara meragukan itu disukai oleh Allah. Selainnya, cemburu yang tidak didasari perkara yang meragukan (sekadar sangkaan), ianya dibenci oleh Allah. Kebanggaan seorang lelaki apabila dia bersedekah disukai Allah. Adapun kebanggaan dalam kesombongan itu dibenci Allah.

Sahabat Perawi

  1. ‘Uqbah Bin ‘Amir al-Juhani RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 72, hadis no. 343. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عقبة بن عامر الجهني مرفوعاً: ((‌غيرتان؛ ‌إحداهما ‌يحبها ‌الله ‌عز ‌وجل، ‌والأخرى ‌يبغضها ‌الله، ‌ومخيلتان؛ ‌إحداهما ‌يحبها ‌الله ‌عز ‌وجل، ‌والأخرى ‌يبغضها ‌الله: ‌الغيرة ‌في ‌الريبة ‌يحبها ‌الله، ‌والغيرة ‌في ‌غير ‌ريبة ‌يبغضها ‌الله، ‌والمخيلة ‌إذا ‌تصدق ‌الرجل ‌يحبها ‌الله، ‌والمخيلة ‌في ‌الكبر ‌يبغضها ‌الله)). [ك، ابن خزيمة، حم، ((الضعيفة)) (3962)]

(Daif) Daripada ‘Uqbah ibn ‘Āmir al-Juhanī RA secara marfū‘: "Terdapat dua jenis cemburu, satunya disukai oleh Allah, satunya dibenci Allah. Dan terdapat dua jenis kebanggaan; satunya disukai Allah, dan yang lainnya dibenci Allah. Cemburu yang didasari perkara meragukan itu disukai oleh Allah. Selainnya, cemburu yang tidak didasari perkara yang meragukan (sekadar sangkaan), ianya dibenci oleh Allah. Kebanggaan seorang lelaki apabila dia bersedekah disukai Allah. Adapun kebanggaan dalam kesombongan itu dibenci Allah." [Riwayat al-Ḥākim, Ibn Khuzaymah, Aḥmad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3962).

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.