Dua rakaat yang dilakukan oleh seorang hamba pada pertengahan malam adalah lebih baik

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ركعتان يركعهما العبد في جوف الليل خير له من الدنيا وما فيها، ولولا أن أشق على أمتي لفرضتهما عليهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua rakaat yang dilakukan oleh seorang hamba pada pertengahan malam adalah lebih baik untuknya berbanding dunia dan segala isinya. Kalaulah tidak kerana aku tidak mahu membebankan ke atas umatku, nescaya aku akan mewajibkannya ke atas mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 281, hadis nombor 1463. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن حسان بن عطية مرسلا: ((ركعتان يركعهما العبد في جوف الليل خير له من الدنيا وما فيها، ولولا أن أشق على أمتي لفرضتهما عليهم)).
[ابن المبارك، ابن النصر في ((قيام الليل))، ((الضعيفة)) (3648)]

(Lemah) Daripada Hassan bin ‘Atiyyah secara Mursal (sanad terputus): Dua rakaat yang dilakukan oleh seorang hamba pada pertengahan malam adalah lebih baik untuknya berbanding dunia dan segala isinya. Kalaulah tidak kerana aku tidak mahu membebankan ke atas umatku, nescaya aku akan mewajibkannya ke atas mereka.
[Riwayat Ibn al-Mubarak dan Ibn Nasr dalam Qiyam al-Layl. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3648]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.