Dua rakaat solat orang yang telah berumahtangga lebih baik

TEKS BAHASA ARAB

ركعتان من المتأهل خير من اثنتين وثمانين ركعة من العزب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua rakaat solat orang yang telah berumahtangga lebih baik daripada lapan puluh dua rakaat solat orang yang bujang.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 916, hadis nombor 4691. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ركعتان من المتأهل خير من اثنتين وثمانين ركعة من العزب)).
[تمام، الضياء، ((الضعيفة)) (640)].

(Batil)
Diriwayatkan daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua rakaat solat orang yang telah berumahtangga lebih baik daripada lapan puluh dua rakaat solat orang yang bujang.
[Riwayat Tammam dalam Fawaid beliau, dan al-Dhiyaa’ dalam al-Ahadith al-Mukhtarah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 640].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.