Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ركعتان مِن المُتأَهِّلِ خيرٌ من اثنتَينِ وثمانينَ ركعةً من العَزَبِ.
Teks Bahasa Melayu
Dua rakaat solat orang yang telah berumahtangga lebih baik daripada lapan puluh dua rakaat solat orang yang bujang.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 916, hadis no. 4691. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ركعتان من المتأهل خير من اثنتين وثمانين ركعة من العزب. [تمام، الضياء، الضعيفة (640)].
(Batil) Diriwayatkan daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua rakaat solat orang yang telah berumahtangga lebih baik daripada lapan puluh dua rakaat solat orang yang bujang. [Riwayat Tamam dalam Fawaid beliau, dan al-Dhiyaa’ dalam al-Ahadith al-Mukhtarah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 640].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman