Dua rakaat solat orang yang berkahwin lebih baik

TEKS BAHASA ARAB

ركعتان من المتزوج أفضل من سبعين ركعة من الأعزب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua rakaat solat orang yang berkahwin lebih baik daripada tujuh puluh rakaat solat orang yang bujang.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 916, hadis nombor 4692. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ركعتان من المتزوج أفضل من سبعين ركعة من الأعزب)).
[عق، ((الضعيفة)) (639)].

(Palsu)
Diriwayatkan daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua rakaat solat orang yang berkahwin lebih baik daripada tujuh puluh rakaat solat orang yang bujang.
[Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Du’afa al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 639].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs