Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ركعتانِ مِنَ المتزوجِ أفضلُ مِنَ سبعينَ ركعةً مِنَ الأعزبِ.
Teks Bahasa Melayu
Dua rakaat solat orang yang berkahwin lebih baik daripada tujuh puluh rakaat solat orang yang bujang.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 916, hadis no. 4692. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ركعتان من المتزوج أفضل من سبعين ركعة من الأعزب. [عق، الضعيفة (639)].
(Palsu) Diriwayatkan daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua rakaat solat orang yang berkahwin lebih baik daripada tujuh puluh rakaat solat orang yang bujang. [Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Du’afa al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 639].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman