Dua rakaat solat dengan memakai serban adalah lebih baik daripada 70 rakaat solat tanpa memakai serban

TEKS BAHASA ARAB

ركعتان بعمامة خير من سبعين ركعة بلا عمامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua rakaat solat dengan memakai serban adalah lebih baik daripada 70 rakaat solat tanpa memakai serban.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 345, hadis nombor 1815. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه-: «ركعتان بعمامة خير من سبعين ركعة بلا عمامة». [فر، «الضعيفة» (128)]

(Palsu) Daripada Jābir RA: Dua rakaat solat dengan memakai serban adalah lebih baik daripada 70 rakaat solat tanpa memakai serban. [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaus dan al-Suyūṭī dalam al-Jāmi’ al-Ṣaghīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 128]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs